Cara Order & FAQ

CARA ORDER:

Hantar maklumat berikut ke email aida_annejb@yahoo.com
atau SMS no. 012-7647440 / 010-7059856(Aida/Ain)
Nama:
Alamat:
Barang yang dipesan:
No.Rujukan transaksi bayaran/masa/tarikh:

CARA PEMBAYARAN:

Bank in ke akaun Maybank : 551306721655 House Of Pines Shoppe.


Kami juga menerima pembayaran menggunakan Western Union.

Setelah kami mengesahkan pembayaran anda, kami akan menghantar barang yang dipesan pada hari : Isnin / Khamis (hari bekerja).

PENGHANTARAN:

Malaysia:
Akan dihantar menggunakan KANGAROO EXPRESS/POSLAJU.
Penghantaran adalah PERCUMA di seluruh Malaysia jika pembelian melebihi 3 helai baju (tidak sah untuk pembelian borong/on sale/diskaun).

Singapura:
Akan dihantar menggunakan POSLAJU.
500gm pertama = RM40
500gm seterusnya = RM5

Brunei:
Akan dihantar menggunakan POSLAJU.
500gm pertama = RM43
500gm seterusnya = RM6

Untuk penghantaran ke negara seperti Australia, Timur Tengah, dan lain-lain, kami akan caj penghantaran mengikut caj POS MALAYSIA.

Sebarang masalah, boleh terus menghubungi saya di talian
012-7647440/0107059856

PEMBELIAN SECARA BORONG:
Kepada pelanggan yang ingin membeli secara borong, anda boleh membeli minimum 10 helai ( boleh campur-campur design ) dan akan mendapat harga yang sangat istimewa. Sila email detail di aida_annejb@yahoo.com



FAQ

1. Boleh tak hantar barang dahulu, kemudian baru bayar?

Mana boleh dear, sebab kami hanya akan membuat penghantaran sekiranya bayaran telah diterima.



2. Boleh tak hantar barang yang saya order secepat mungkin?

Kami akan cuba sebaik mungkin untuk menghantar barang yang di order secepat mungkin selepas pembayaran dibuat. (hari bekerja sahaja).



3. Boleh tak pulang balik duit yang telah dibayar?

Kami tidak akan pulangkan duit yang telah dibayar . Sila email dahulu untuk confirmkan barang yg anda order masih ada sebelum membuat pembayaran.



4. Boleh tak saya nak booked baju?

Boleh, tetapi anda harus membayar deposit setengah daripada harga baju tersebut. Pihak kami akan menyimpan baju yang anda booked hanya untuk 7 hari dan sekiranya dalam tempoh tersebut pembayaran penuh tidak dibuat, kami akan menjualsemula barang tersebut dan deposit tidak akan dipulangkan. Booked tanpa deposit tidak akan dilayan.



5. Saya dah terima baju yang saya beli, tapi tak muat pula nak pakai. Boleh tak saya nak tukar?

Harap maaf. Baju yang telah dijual TIDAK BOLEH DIPULANGKAN SEMULA dan DITUKAR. Jadi, cek saiz baju yang telah dinyatakan sebelum membeli. Untuk lebih detail, SILA EMAIL.



6. Baju yang telah saya beli warnanya pudar dan saya yakin saya tak basuh baju tu dengan peluntur kain. Boleh tak pulangkan duit saya atau saya nak tukar baju?

Harap maaf. Kami tidak boleh memulangkan wang anda atau menukar baju yg baru.



7. Parcel yang telah saya terima koyak dan baju saya semua basah. Boleh tak saya nak duit saya balik?

Kami memohon maaf kerana pihak kami tidak bertanggungjawab dengan kerosakan parcel semasa sesi penghantaran dan duit tidak akan dipulangkan kerana kami telah memastikan parcel berada dalam keadaan yang baik sebelum parcel tersebut dihantar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan